Murid-murid juga meyusun semula kedudukan al-quran dan kitab-kitab dengan teratur di tempat yang disediakan oleh pengurusan masjid. Selain dari itu, murid-murid juga diberi tugasan membersihkan kawasan solat, mencuci lantai dan mengeringkannya semula serta mengelap cermin-cermin jendela.
Aktiviti diadakan bertujuan sebagai satu usaha untuk melahirkan individu yang sentiasa memelihara kebersihan, memberikan kerjasama dan dapat memberi peluang kepada individu itu sendiri untuk mendapat ganjaran pahala daripada Allah Subhanahu Wata'ala di samping menjaga tatatertib selepas menggunakan rumah Allah.