Lawatan ke tempat tersebut bertujuan memberikan pendedahan dan menambah pengetahuan yang berguna kepada pelajar-pelajar. Disamping itu pelajar-pelajar dapat mengenali spesis tumbuh-tumbuhan dan binatang dan juga dapat memberi kesedaran untuk menghargai dan mencintai alam sekitar.
Rombongan juga berpeluang mendengar taklimat dari Pegawai Pusat Perhutanan yang banyak menyentuh kegunaan dan faedah hutan di Negara Brunei Darussalam. Pelajar-pelajar juga berpeluang melawat Muzuim Perhutanan dan Taman Rekreasi Hutan, Sungai Liang. Pihak sekolah tidak lupa mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pusat Perhutanan Sungai Liang yang telah berkesudian menerima lawatan dari Sekolah Rendah Sungai Tali.