Lawatan di adakan bertujuan memberikan pendedahan dan menambah pengetahuan dengan lebih dekat tentang fungsi Bank Islam Brunei Darussalam. Di samping itu menarik minat murid-murid tentang kerjaya sebagai pekerja bank, sejarah BIBD dan perkembangannya.
Rombongan juga berkesempatan melawat Bangunan Royal Regalia dan mempelajari alat-alat diraja Brunei. Pihak sekolah tidak lupa mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada Bank Islam Brunei Darussalam yang telah berkesudian menerima lawatan dari Sekolah Rendah Sungai Tali.