Rombongan juga berpeluang mendengar taklimat dari pegawai-pegawai bomba, melihat jenis-jenis peralatan bomba, langkah-langkah keselamatan yang di praktikkan, menaiki kenderaan bomba dan sebagainya.
Pihak sekolah tidak lupa mengucapkan jutaan terima kasih kepada Balai Bomba Shell, Panaga yang telah berkesudian menerima lawatan dari Sekolah Rendah Sungai Tali.